fbpx

Peminat Nampak Baby Bump, Fasha Sandha Hamil Lagi?

Umum mengetahui Fasha Sandha mengalami keguguran Jun lalu ketika kandungannya mencecah hampir enam minggu selepas disahkan hamil setelah dua bulan berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz.

Bagaimanapun, foto terbaru yang dimuat naik Fasha di Intagram sebentar tadi mengejutkan peminatnya kerana bahagian perutnya kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’.

BACA: Jejai & Aidil Kongsi Tarikh Lahir, Fasha Anggap Satu Kebetulan

Rata-rata peminatnya membuat spekulasi Fasha kini sedang berbadan dua. Malah, ada yang bertanyakan Fasha di ruangan komen adakah benar dia kini hamil lagi. Tidak kurang juga ada yang terlebih awal telah mengucapkan tahniah kepada Fasha.

Jika benar berita ini, sudah pasti peminat Fasha dan Aidil tidak sabar menantikan perkhabaran berita itu daripada Fasha sendiri.

Menerusi perkahwinan terdahulu Fasha dan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.