fbpx

Jejai & Aidil Kongsi Tarikh Lahir, Fasha Anggap Satu Kebetulan

Siapa sangka, bekas suami Fasha Sanda iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai berkongsi tarikh lahir dengan suaminya, Aidil Aziz yang jatuh pada 26 Julai.

Fasha memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk memberikan ucapan selamat hari lahir buat bekas suaminya kerana baginya Jejai tetap ayah kepada anak-anaknya.

BACA:  Fasha Sandha Belum Sedia Berhijab, Masih Proses Belajar

“Kebetulan pada hari lahir dia (Jejai), dia ada telefon saya dan ucap selamat hari lahir pada Aidil. Jadi secara profesional saya pun ucap benda yang sama pada dia. Sudah tentu saya tidak lupa tarikh lahir Jejai sebab dia tetap ayah kepada anak-anak saya.

“Saya pun pada mulanya tidak perasan yang tarikh lahir mereka sama. Kebetulan Allah jadikan hari lahir jodoh-jodoh saya pada tarikh yang sama,” katanya kepada KopiPlanet.com

Meskipun sudah hampir tiga tahun bercerai, Fasha tetap mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, malah mengekalkan keharmonian itu demi anak-anak.

“Anak-anak saya dibesarkan dengan suasana penuh kasih sayang. Mereka tidak pernah tahu atau nampak benda-benda yang tidak ‘best’ pasal ibu bapa mereka,”katanya.