fbpx

Peminat Minta Alvin Chong Nasihat Emma Maembong

Teman rapat Emma Maembong, Alvin Chong mengakui sering mendapat kiriman mesej dari peminat yang memintanya menasihati rakannya itu mengenai keputusannya membuka tudung selepas lima tahun.

BACA: “Tawaran Berlakon Tak Kurang Selepas Buka Tudung”

“Benar, saya ada bercakap dengan Emma mengenai kekeliruan yang dialaminya. Emma ada sebab tersendiri mengapa keputusan itu diambil. Berilah masa kepada Emma untuk membuat keputusan dalam hidupnya”

“Apabila diajukan peminat, saya berterus terang dan meminta mereka menerima Emma seadanya. Janganlah kita cuba menukar dan menentukan hala tuju hidup artis diminati. Sebaliknya, doakan yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini menerusi kenyataan lain, Emma bersyukur biarpun digasak dengan kecaman saban hari, namun rezeki dalam tawaran berlakon semakin mencurah dan tidak menjejaskan perjalanan kariernya.

Terdahulu Emma dan Alvin mula digosipkan bercinta apabila gandingan mereka dalam drama bersiri, Awak Suka Saya Tak? dianggap sepadan. Pasangan itu juga sering keluar menghabiskan masa bersama. (rtky/w)