fbpx

“Tawaran Berlakon Tak Kurang Selepas Buka Tudung”

Hampir dua bulan Emma Maembong membuat keputusan untuk membuka tudung, beliau bersyukur biarpun tindakannya itu mengundang kebencian peminat namun ia tidak menjejaskan tawaran berlakon yang semakin melimpah.

BACA: “Doakan Saya Supaya Berhijab, Bukan Kecam”

“Alhamdulillah, kerjaya seni saya setakat ini kekal berjalan dengan baik. Apa sahaja kontroversi yang sudah berlaku, itu adalah hal peribadi dan tiada kaitan dengan karier saya sebagai pelakon”

“Sejak kebelakangan ini tawaran lakonan semakin banyak, namun saya fokus satu projek pada satu masa. Bagi saya, kualiti lakonan meningkat dan masa saya lebih terurus apabila memilih cara begini,” jelasnya.

Sebaliknya, Emma mengakui tawaran berlakon semakin banyak biarpun beliau kini sudah tidak bertudung. Buat Emma, mungkin membuka tudung selepas lima tahun merupakan ujian buatnya namun beliau turut dikurniakan rezeki lain.

Dalam masa yang sama, Emma memberitahu tidak pernah rasa menyesal dengan tindakannya membuka tudung biarpun terpaksa mendukung kecaman orang setiap hati. Jelasnya tindakan itu biarlah menjadi urusannya dengan Allah. (rtky/w)