fbpx

Peminat Marah Sampai Bakar Tudung Neelofa

Tergamam kami melihat rakaman video seorang individu bernama Anne Zuraini yang bertindak membakar tudung Neelofa kerana terlalu berang dengan wanita itu. Aksi beliau juga turut disiarkan secara live di Facebook milik beliau.

BACA: Neelofa Masih Inspirasi Buat Para Wanita

“Saya sangat kecewa dengan kamu, Lofa. Ini bukti saya bukan beli dari pasar borong ke, pasar malam sekalipun. Paper bag kamu pun saya simpan lagi Lofa. Resit pun ada tapi dah kabur, anak tudung pun ada”

“Ini yang saya selalu pakai Lofa, saya suka sangat yang ni,” katanya di dalam video yang dirakam secara live sambil membakar tudung jenama Naelofar Hijab tanya protes dengan tindakannya baru-baru ini.

Bagaimanapun tindakan wanita itu dikecam hebat oleh netizen yang berpendapat ianya membazir serta tidak merugikan Neelofa, sebaliknya dirinya. Kekal mempertahankan tindakannya, wanita itu tampil menjelaskan, tidak mahu membawa ‘nama’ Neelofa ke merata tempat.

Baru-baru ini ketika nama Neelofa hangat diperkatakan, memang heboh juga kampen boikot nama serta jenama tudungnya itu. Tapi tidak sangka pula ada yang berani bertindak sedemikian. Memang nekad betul kakak ni! (rtky/w)