fbpx

Neelofa Masih Inspirasi Buat Para Wanita

Menafikan gosip mengatakan Neelofa terpaksa digugurkan dalam senarai Anugerah Ikon Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, wanita itu kekal menjadi ikon bagi memberi inspirasi untuk memperkasakan wanita.

BACA: Neelofa Digugurkan Dari Senarai Ikon Wanita Negara?

“Kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan diraih Neelofa sebelum ini, dan percaya ia dapat memberi insipirasi kepada wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0″

“Kementerian melihat daripada sudut positif apa yang akan disumbangkan oleh beliau untuk memperkasakan wanita. Kedua-dua pihak bersetuju untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan setiap agenda dan program dirancang dapat dilaksanakan,” jelasnya.

Terdahulu, Januari lalu usahawan berjaya, Neelofa telah dilantik menjadi ikon TMW18, selain Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datin Vivy Yusof. Mereka dipilih sempena Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) berdasarkan pencapaian dalam bidang masing-masing.

Sebelum ini, tular berita Neelofa terpaksa digugurkan dalam senarai terbabit kerana isu pelancaran tudung di kelab malam baru-baru ini. Sehingga kini, masih ramai tidak melupakan kejadian itu dan terus mengecam tindakan Neelofa. (rtky/w)