fbpx

Peminat Mahu Bunga Citra Lestari Bercinta Dengan Ariel

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari berkongsi rasa gembira apabila lagu Menghapus Jejakmu kerjasamanya dengan Ariel Noah dicalonkan dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2020.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu disalahertikan netizen apabila ramai yang suka melihat kemesraan mereka menerusi muzik video tersebut dan mahu menjodohkan BCL dengan bekas kekasih Luna Maya itu.

BACA: Ucapan Hari Jadi BCL Buat Arwah Suami Undang Sebak

“Belasan tahun di industri muzik, ini adalah kali pertama aku mula memberanikan diri bertindak menjadi produser bersama Ariel Noah. Dan, gembira sekali rasanya ketika tahu kalau lagu ini dicalonkan sebagai Karya Produksi Kolaborasi Terbaik AMI 2020,” tulisnya.

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah, malah ada yang berharap isteri Allahyarham Ashraf Sinclair itu akan disatukan dengan Ariel sebagai pasangan.

Muzik video Menghapus Jejakmu versi ini dilancarkan di YouTube pada 14 Februari lalu dan sehingga kini sudah mencatat lebih 67 juta tontonan.