fbpx

Ingat lagi sekitar awal bulan Mac yang lalu, peminat dan media saling berteka teki dengan Ratu Rock Malaysia selepas kenyataan beliau yang kini sedang di’lamun cinta?

Mengaku kini sedang hangat bercinta dengan jejaka bernama A yang kami di’fahamkan seorang juruterbang, Ella menambah pedas spekulasi dengan menghadiri kursus perkahwinan dalam masa yang sama. Apa cerita Jojie ‘kan?

Ini maklumat terbaru yang kami terima dari seorang peminat hiburan. Jojie atau nama sebenar beliau Rozita Binti Aminuddin bakal bernikah dengan seorang gitaris bernama Amir.

Amir yang nama sebenar beliau adalah Amurudin Syawal Abdul Latip merupakan anggota kumpulan CRUSH bersama Pacai dan juga merupakan gitaris yang sering mengiringi persembahan Ella di’seluruh negara selama ini. 

Kami tidak mempunyai maklumat lanjut berkaitan lokasi majlis pernikahan mereka bakal berlangsung tetapi pemberi maklumat kami positif yang tarikh pernikahan Jojie & Amir akan berlangsung esok. Kalau benar seperti apa yang kami dengar, tahniah sebagai pendahulu buat Jojie & Amir.

Gossip percintaan antara Jojie & Amir pernah tersiar di akhbar KOSMO! sekitar tahun 2009 yang lalu.