fbpx

Peminat Kecoh Bila Puteri Balqis Berbikini

Gara-gara sekeping gambar pelakon cilik Puteri Balqis ini berbikini tersebar di laman sosial, ramai individu tampil memberikan pandangan berbeza terhadap cara pemakaian anak kecil ini malah turut dilabel sebagai pengikut Yahudi. Wow.

BACA: Puteri Balqis Tidak Ke Sekolah Kerana Dibuli Rakan

Peminat-Kecoh-Bila-Puteri-Balqis-Berbikini---ROTIKAYA_in

Selain itu, ada juga yang menyifatkan perkara sebegini mampu mengundang kepada kegiatan pedofilia yang telah pun berlaku kepada anak-anak selebriti terkenal sebelum ini dan banyak lagi perbalahan yang akhirnya dipadam pada ruangan komen akaun Instagram selebriti kecil ini.

Apa-apa pun, pandangan setiap individu adalah berbeza dan jika dilihat pada muatnaik gambar di Instagramnya, Balqis kini sedang menikmati percutiannya dan selaku insan yang waras, janganlah mudah meletakkan penilaian ke atas diri seseorang sebelum melihat diri sendiri. (rtky/s)