fbpx

Peminat Kecewa Ayda Jebat Tak Tercalon ABPBH32

Nampaknya, untuk edisi Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) kali ini agak mengejutkan apabila nama pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat tiada dalam mana-mana kategori pencalonan Top 5.

Bagaimanapun Ayda menganggap perkara itu sebagai bukan rezekinya. Meskipun tidak tercalon, namun Ayda berkata dia akan tetap memberikan sokongan terhadap acara tersebut.

BACA: Ayda Jebat Tak Tahu Oktovia Manrose Punca Putus Cinta

“Ini semua adat pertandingan. Saya anggap tiada rezeki dan akan terus memberikan sokongan kepada penganjuran ABPBH32.

“Lagipun, prinsip saya bukan mahu kejar trofi tetapi ,mendapatkan karya berkualiti bagi menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakon. Itu lebih penting,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, menerusi kelab peminat AJScreamer, rata-rata peminatnya meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui idola mereka tidak tersenarai dalam mana-mana kategori.

Untuk ABPBH32 kali ini, nama pelakon Mira Filzah meraih pencalonan terbanyak apabila tercalon dalam tujuh kategori.