fbpx

Ayda Jebat Tak Tahu Oktovia Manrose Punca Putus Cinta

Didakwa putus cinta dengan pelakon, Redza Rosli, Ayda Jebat enggan memberikan komen mengenai penglibatan Oktovia Manrose sebagi punca. Jelas Ayda, beliau tidak menidakkan mahupun mengiyakan dengan apa yang berlaku.

BACA: Ayda Jebat Tidak Mahu Lagu Masuk AJL Tahun Ini

“Sebenarnya saya terkejut juga ada kenyataan yang sebegitu. Tiba-tiba sahaja mengaitkan nama Oktovia dalam perkara ini. Bagi saya tak perlu kaitkan orang lain kerana ini antara pihak saya dan pihak di sebelah sana”

Masih berteka teki dengan punca perpisahan hubungannya, Ayda seakan memberikan bayangan Oktovia sebagai orang ketika apabila desas desus itu secara tiba-tiba timbul sebagai punca hubungan mereka berakhir.

“Kalau tiba-tiba timbul itu mungkin adalah puncanya dan saya tak mahu cakap apa-apa. Bagi saya Allah dah tunjukkan. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiayakan,” katanya.

Menurut Ayda sejujurnya tiada istilah putus cinta diantara beliau dan Redza kerana mereka hanya berkawan rapat. Namun Ayda berkata, beliau cuba bersikap profesional jika mereka digandingkan bersama di masa akan datang.

Terdahulu nama Oktovia mula dikenali ramai apabila beliau merupakan salah seorang wanita yang dikaitkan dengan Aliff Aziz. Beliau didakwa kelihatan keluar berpegangan tangan dengan Aliff. (rtky/w)