fbpx

Peminat Geram Rita Rudaini Disamakan Dengan Sajat

Baru-baru ini, Rita Rudaini ada memuat naik fotonya di balkoni. Rata-rata netizen memuji kecantikan Rita yang persis seperti anak dara meskipun sudah memiliki dua cahaya mata.

Namun, ada yang komen tidak sedap didengar apabila seorang netizen menyamakan Rita dengan usahawan kontroversi Nur Sajat. Komen itu sekaligus mengundang kemarahan dan kecaman netizen yang menyifatkan kenyataan individu itu sangat biadap.

BACA: Rita Rudaini Mahu Saman Netizen Persoal Sah Taraf Anak

Tidak hanya berdiam diri, Rita dilihat membalas komen kurang sopan netizen tersebut. Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Rita dan membidas komen individu berkenaan.

Geram dengan komen biadap tersebut, ramai netizen menyelar tindakan individu berkenaan dengan mengatakan bahawa jauh berbeza jika nak dibandingkan Rita dengan Sajat.

Umum sedia maklum, sehingga kini status jantina usahawan komestik, Nur Sajat masih lagi menjadi tanda tanya netizen.