fbpx

Rita Rudaini Mahu Saman Netizen Persoal Sah Taraf Anak

Jika sebelum ini pelakon Jasmin Hamid mengambil tindakan ke atas netizen, nampaknya Rita Rudaini juga turut membuat laporan polis terhadap seorang individu yang meninggalkan komen berbaur fitnah.

Difahamkan, Rita membuat laporan susulan komen netizen itu yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya. Menurut Rita, komen netizen tersebut disifatkan sangat melampau.

BACA: Penat Cari Duit, Rita Rudaini Menangis Dalam Bilik Air

“Laporan dibuat terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau.

“Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.

“Saya mengambil langkah sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, individu tersebut diberikan tempoh selama 14 hari untuk tampil membuat permohonan maaf dan jika gagal berbuat demikian tindakan undang-undang akan diambil.