Perubahan fizikal badan Shaheizy Sam yang sedikit berisi kebelakangan ini memang mengejutkan orang ramai. Malah telatah isteri yang sering ‘membahan’ berat badan Sam di media sosial juga buat ramai tertawa.

BACA: Syatilla Melvin Lebih Suka Shaheizy Sam Yang Berisi


Pun begitu perkongsian terbaru Sam tidak berbaju baru-baru ini mengundang rasa kurang senang netizen. Dakwa mereka, selain tidak sopan, lelaki juga mempunyai aurat yang perlu dijaga sebaga umat Islam.



Malah ada diantaranya naik geli dengan perkongsian Sam kebelakangan ini yang sering tampil tidak berbaju. Bagi netizen, gambar seumpama itu biarlah untuk simpanan sendiri saja, tidak perlu dimuat naik ke media sosial.

Bagaimanapun ada juga diantara netizen berpendapat Sam hanya melakukan gimik untuk menjayakan watak dalam filem seterusnya. Malah ramai meluahkan rasa rindu untuk melihat Sam kembali sado seperti dulu. (rtky/w)