Mahukah anda muncul di pentas peragaan berprestij haute couture Islamic Fashion Festival (IFF) yang bakal berlangsung pada November nanti? Ini peluang anda untuk tunjukkan bakat dalam fesyen muslimah.

Jika anda seorang yang mempunyai minat tinggi dalam fesyen hijabi yang memang menjadi perhatian ramai ketika ini, Sunsilk menyediakan platform terbaik untuk anda ketengahkan bakat unik yang anda miliki.

#01 Sunsilk Lively Clean & Fresh - ROTIKAYA

Melalui peraduan Sunsilk Lively Clean & Fresh – Hijabku, Gayaku, para pereka fesyen hijab dan model boleh merebut peluang untuk menunjukkan bakat mereka di pentas fesyen antarabangsa IFF. 10 orang pereka & model teratas daripada peraduan ini akan menerima peluang menyertai program mentor daripada personaliti ikonik industri fesyen.

Screen Shot 2013-07-03 at 1.17.16 PM

Selain dari itu, perjalanan para peserta yang akan dibimbing para mentor seperti Dato’ Sri Raja Rezza Shah & Rico Rinaldi akan dirakamkan melalui satu siri webisod melalui Facebook Sunsilk Malaysia.

Anda berminat untuk untuk menunjukkan bakat dalam rekaan fesyen hijabi atau anda mempunyai kualiti sebagai peragawati fesyen muslimah ini? Ini caranya.

Saya ingin jadi pereka fesyen hijabi!

  1. Layari Facebook rasmi Sunsilk
  2. Hantarkan gambar foto anda dengan sebarang produk Sunsilk Lively Clean & Fresh  
  3. Hantarkan sehingga tiga (3) reka bentuk fesyen hijab dalam format JPEG, JPG dan PNG
  4. Sertakan butiran peribadi anda dalam ruang yang disediakan & klik hantar!

Saya ingin jadi peragawati hijabi!

  1. Layari Facebook rasmi Sunsilk
  2. Hantarkan dua (2) set foto anda dengan pakaian bertemakan London, Paris dan New York bersama sebarang produk Sunsilk Lively Clean & Fresh:
    – Satu keping gambar penuh badan
    – Satu keping gambar separuh badan
  3. Sertakan butiran peribadi anda dalam ruang yang disediakan & klik hantar!

Screen Shot 2013-06-30 at 9.18.38 PM

Jadi, tunggu apa lagi? Biar pereka fesyen mahupun peragawati hijabi, langkah anda bermula di sini bersama Sunsilk. Tempoh peraduan hingga 31 Julai 2013.