fbpx

Peminat Fanatik Ugut Bunuh Diri Jika Tak Jadi Isteri Kedua Aiman Tino

Belum cukup seminggu Aiman Tino mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, ibu kepada penyanyi itu membuat laporan polis selepas seorang peminat anaknya mengugut bunuh diri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hazelina Mat Jalil turut meminta pihak yang mengenali individu berkenaan supaya memberikan nasihat selepas diganggu oleh wanita tersebut.

BACA: Aiman Tino Tak Mahu Terlalu Tegas Terhadap Isteri

“Sesiapa boleh cari budak ni tak, tolong nasihatkan dia, dah melampau sangat ni, saya boleh buat report polis tapi masih berfikir panjang lagi. 

“Bukan di sini sahaja dia mesej bukan-bukan, Farah Hezel juga diganggu walaupun block beberapa kali pun dia tetap buat acc baru,” tulisnya.

Hazelina turut meluahkan rasa seram apabila wanita tersebut meluahkan hasrat untuk menjadi isteri kedua Aiman. 

Ibu kepada Aiman itu juga turut memuat naik perbualan dengan wanita dikenali sebagai Syakila yang dikatakan berasal dari Kelantan.

Dalam perkongsian lain, Hazelina turut berkongsikan bahawa dia sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu hari ini.