fbpx

Peminat Fanatik Hadiahkan Tuala Wanita Buat Liyana Jasmay Ditahan Polis

Okay. Pertama sekali, sebenarnya tidak berbaloi mana kalau menjadi fanatik kepada mana mana selebriti Malaysia. Dan, ini kisah lelaki yang terlalu obses dengan Liyana Jasmay.

Khamis lalu, pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki yang di’percayai peminat fanatik Liyana Jasmay di rumah selebriti itu sekitar jam 11.40 malam.

Lelaki tersebut di’laporkan sudah menghantui rumah kediaman Liyana Jasmay itu sejak November 2011 dengan membawa pelbagai hadiah seperti t-shirt, kasut, minyak wangi, cereka padat (CD), minyak wangi & yang paling menarik, tuala wanita.

Keluarga Liyana Jasmay mengambil keputusan untuk membuat laporan polis setelah melihat aksi mencurigakan lelaki itu sejak jam 10.00 malam melalui CCTV.

Macam macam peminat hiburan sekarang. Jangan terlalu fanatik kawan kawan, semua ini hanya sekadar satu hiburan. (via Harian Metro)