fbpx

Pedang bermata dua sebenar’nya Twitter — pantas untuk sebarkan berita terkini, juga pantas untuk menyebarkan khabar angin.

Lewat pagi ini, terkejut juga kami apabila membaca kenyataan dari beberapa pengguna Twitter yang mengatakan seniwati lakonan Malaysia, Azean Irdawaty sudah meninggal dunia.

Kenyataan awal yang juga menjadi perhatian penyanyi, Farawahida mula di’persoalkan kesahihan’nya oleh peminat Azean Irdawaty.

Beberapa individu yang rapat dengan keluarga Azean Irdawaty kemudian menulis melalui akaun Twitter mereka yang berita tersebut hanya sekadar khabar angin dan Azean Irdawaty masih bernafas dan stabil di’rumah beliau. 

UPDATE-1: Wartawan TV3 untuk rancangan sensasi Melodi, Zuan baru sahaja berbual bersama Azean Irdawaty menerusi telefon dan ini mengesahkan lagi segala kenyataan yang keluar di Twitter hanya’lah khabar angin.

UPDATE-2: Anak perempuan Azean Irdawaty, Elza Irdalynna mengirimkan gambar terbaru seniwati itu melalui Twitter sebentar tadi.

Jika semalam, perkhabaran perginya Izwan Pilus juga di’ketahui melalui Twitter, nampaknya hari ini ada individu yang cuba meraih perhatian dengan menyebarkan berita palsu. Long live Azean Irdawaty.