fbpx

Peminat Berdebat Baju Raya Che Ta Sehelai RM4,000

Meluahkan perasaan hampanya di Instagram kerana manik yang dijahit di busana rayanya tidak berapa kemas walaupun dibayar dengan nilai RM4,000, perkara itu bagaimanapun menjadi perdebatan peminat Che Ta di laman sosial tersebut.

BACA: Che Ta Tegur Peniaga Barang Mewah Di Instagram

Peminat Berdebat Baju Raya Che Ta Sehelai RM4,000 - ROTIKAYA_feat

Ada di antara peminat Che Ta mempertahankan apa yang dilakukan oleh pelakon itu namun ada juga yang menyifatkan Che Ta sebagai seorang yang suka menunjuk-nunjuk. Berpunca daripada perbezaan pendapat itu, maka tercetuslah perdebatan menjelang Aidilfitri ini.

Apa-apa pun, semoga perdebatan yang kian rancak kerana mempertikaikan kemampuan Che Ta berbelanja ini dapat diakhiri dengan acara meminta maaf beramai-ramai. Bulan baik, bulan Ramadan, ambillah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada tercari-cari kesilapan orang lain. (rtky/s)