Pembantu Rumah Nak Balik Filipina, Yusuf Iskandar Ucap Terima Kasih Undang Sebak
Jika anda mengikuti Instagram Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, pasangan itu tidak lokek berkongsikan aktiviti harian mereka sekeluarga , malah ramai yang suka melihat telatah anak mereka Yusuf Iskandar dan Alisa.
Bagaimanapun, baru-baru ini Hairul ada memuat naik video sedih detik perpisahan pembantu rumah dengan keluarganya yang sudah berkhidmat lama dengan mereka yang akan pulang ke Filipina.
BACA: Mural Siling Tandas Dikritik, Hanis Zalikha Padam Komen Netizen
View this post on Instagram
Menerusi video itu, anak-anaknya saling berpelukkan dengan pembantu mereka. Paling menjadi perhatian apabila Yusof mengucapkan terima kasih banyak-banyak buat pembantunya yang dikenali sebagai Melany.
Lebih sebak apabila melihat Hanis menangis memeluk erat Melany kerana sedih apabila terpaksa melepaskan seorang pembantu yang sangat berjasa buat keluarga mereka.
Diruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat momen perpisahan. Dalam masa sama, ramai yang memuji Yusuf Iskandar yang sopan dan didik dengan baik untuk menghargai pembantu rumahnya.
Sebak weh…sebak…
susah nk dpt pembantu rumah yng betul ngam skg .. kalu dpt tu kira bonus besar..aku phm sgt sbb dia sama2 tolong urus rumah …kita kadang2 adik beradik dtg beraya pun malas cuci pinggan buat mcm hotel sajor
apesal sedih sgt ni. tp mmg btul pn, org gaji yg baik kalo dpt mmg untung sgt. Kne jga dorg elok2. nk dpt org gaji baik zmn skrg ni. bnyk nipu je…pastu mls bt keje umh. mcm mem plk dia. blm lagi isu kes dera.
aritu kata x ada pembantu rumah nak jadi superwomen konon. tup tup ada plak. bongakkk la dorang. x abis2 poyo
Ada pembantu rumah x pyh cuci rumah. Berselfie dan main medsos shj … kan?