Mural Siling Tandas Dikritik, Hanis Zalikha Padam Komen Netizen
Bukan sahaja bergelar usahawan berjaya, jika anda mengikuti perkembangan pelakon terkenal Hanis Zalikha, pasti anda tahu bahawa Hanis kini dilihat semakin aktif menceburi bidang reka bentuk dalaman.
Menerusi Instagram, Hanis juga sering berkongsikan perkembangan terbaru mengenai reka dalaman rumah pelanggannya. Namun, satu entri Hanis dikritik apabila memasang mural di siling tandas rumah pelanggannya.
BACA: Hanis Zalikha Hanya Benarkan Anak Tengok TV Hujung Minggu Sahaja
Seorang netizen turut meninggalkan komen panjang mengenai bahaya pemasangan mural atau wallpaper di siling terutama di tandas kerana ia hanya satu pembaziran dan boleh memberi kesan pada kesihatan.
Malah, netizen itu turut mendakwa usahawan tersebut tidak mengkaji atau melakukan pemeriksaan seperti sistem pengudaraan, masalah mekanikal dan struktur terlebih dahulu.
Bagaimanapun difahamkan, komen netizen tersebut pada Instagram Hanis itu telah dipadam mungkin kerana tidak mahu mencetuskan perbalahan di ruangan komen.
Namun, isu itu terus hangat diperkatakan di laman Twitter dimana netizen terus menyuarakan pendapat mereka tentang perkara tersebut. Bagaimanapun, ada netizen mendakwa ubah suai itu dilakukan pada rumahnya dan bukan pada rumah pelanggannya.
Mungkin Hanis tahu apa yang dilakukannya. Apa pun kita nantikan sahaja penjelasan daripada Hanis sendiri daripada terus bertelagah.
lol…. ‘client’
hahahaa retis kan. senang je nak tunjuk dorang tu serba serbi handal, padahal orang lain bertahun tahun belajar ilmu/ amik pengalaman/jadi kuli sesuatu bidang.
kenapa delete?
pasai tu orang pi belajaq tinggi tinggi bukan main hentam macam artis yang kononnye pandai tapi iq macam unta
kak eton, jgn hina unta la
Tak paham la. Pendekkan. Malas baca komen bahasa mat saleh pepanjang. Aku ni tak lulus SRP.
Btw, keknis ni apa sumbangan dia kpd negara?
masa belaja amik kos ape pastu tibe nak jadik ID.belaja pon takat diploma je.sebab retis ?hahahah.not our level
minah ni bukan amik bisnes ke dulu kat uitm segamat??satu uitm dgn kazen aku…kazen aku kenal dgn minah ni…ttb pulak jd ID…senang btl keje ko eh??org lain y mmg btl2 ade dip or ijazah dlm bidang ID pun ramai y menganggur..ko y tak ade apa2 basic boleh jd ID..paling bangang ade jgk org hire dia deco umah…adoiiiiiii…bodoh jgk client y p upah dia jd ID..ape2 jd nti, kene tipu ke x blh nk report sbb ID tak bertauliah…hahahahaha..salah sndri laa sape suruh amik artis deco umah ko..