Minggu lalu Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida telah mengadakan majlis sambutan hari jadi buat Qadejah, Ibraheem dan Qayyum. Namun dikala sambutan itu, timbul pula sebuah video mendakwa anak angkat mereka, Qayyum didera.

BACA: Aliff Syukri Dikecam Tiru Cover Album Justin Bieber


Seorang individu bernama, Nur Alya telah memuat naik sebuah video, menunjukkan salah seorang pembantu rumah Aliff, warganegara Indonesia menunjal kepala Qayyum yang sedang dipegang oleh pembantu rumah yang lain.

Dalam posting tersebut juga, Alya mengajak orang ramai viralkan salah laku pembantu rumah Aliff, yang didakwa mendera kanak-kanak itu. Bagaimanapun Shahida tampil mempertahankan tindakan pembantu rumah mereka.


Menurut Shahida, pembantu rumahnya hanya cuba palingkan muka Qayyum untuk bergambar. Malah, Shahida juga berang dengan tuduhan individu tersebut dengan bertanya bukti kesan lebam andai anaknya didera.

Kenyataan Shahida mempertahankan pembantu rumahnya itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang terkilan dengan sikap pasangan itu, mengabaikan kejadian yang sudah terang lagi bersuluh berlaku. (rtky/w)