Aliff Syukri Dikecam Tiru Cover Album Justin Bieber
Baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Biar Apa Orang Kata, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri sekali lagi dikecam netizen apabila beliau didakwa meniru cover album penyanyi antarabangsa Justin Bieber.
Gambar cover album tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dan rata-rata netizen bersetuju keduanya menggunakan konsep yang hampir sama. Netizen mendakwa, cover album Justin Bieber itu dilancarkan pada tahun 2012 dan secara terang-terangan pihak produksi Aliff Syukri meniru cover album tersebut.
BACA: “Suara Dah Sedap, Tapi Masih Ramai Tak Suka”
Namun, menerusi Instagram, Aliff Syukri menyangkal dakwaan poster lagunya berjudul Biar Apa Orang Kata meniru konsep album penyanyi antarabangsa, Justin Bieber. Menurut Aliff lagi, idea poster tersebut bukan datang darinya tetapi daripada syarikat label.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya berpendapat mungkin benar ianya adalah salah syarikat label dan isu ini diperbesarkan oleh segelintir netizen yang tidak habis-habis mahu mencari kesalahan usahawan kosmetik itu.
Kata netizen lagi, inilah dunia sebenar industri hiburan, apabila syarikat label yang buat silap, penyanyi yang akan menjadi mangsa.
- SUMBER
- BeautifulNara
Ramai org yg lbh berbakat, ada suara tp x ke mana2 sbb xdpt exposure atau xde modal nk promosi bakat mrk. Tp ko yg bnyk duit tp xde bakat pulak yg sibuk hari2 keluar mcm2 media sbb ko ada bnyk duit boleh upah jek sapa2 utk promo lagu2 ko yg ntah apa2 tu. Kalau tahun 80, 90an lgu ko ni dah tahap lgu reject x lps album pun sbb xde value langsung. Mungkin lps tahap utk demo jek atau lgu selit2 kt kompilasi utk B-side album.
Cap ayam! Kasi free pun taknk lagu ni.