fbpx

Pembantu Peribadi Dedah Sikap Sebenar Neelofa Di Tanah Suci

Sering terpalit dengan kontroversi, namun tahun ini nama pelakon dan pengacara, Neelofa dilihat bebas daripada gosip panas. Pasti ramai tahu, hampir setiap tahun Neelofa akan menunaikan ibadah umrah.

Sempena Syawal ini, Neelofa sekali lagi ke Tanah Suci bersama pembantu peribadinya, Nadiah Khairuddin. Apa yang menjadi perhatian adalah perkongsian oleh pembantu peribadinya tentang sisi peribadi Neelofa yang ramai tidak tahu.

BACA: Gara-Gara Pertahankan Adik, Neelofa Dikecam Teruk

Menerusi entri tersebut, Nadiah memuat naik video Neelofa sedang menunggu dirinya sambil membaca Al-Quran. Menurutnya lagi, dia sangat bertuah kerana mempunyai seorang majikan yang baik dan berhati mulia.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen yang memuji kebaikan Neelofa dan jasa majikan seperti Neelofa pasti akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.  Malah, ramai netizen mengatakan sememangnya mereka menjadi Neelofa sebagai idola.

Difahamkan, Neelofa ke Tanah Suci beberapa hari lalu untuk menunaikan ibadah Umrah bersama Nadiah dan seorang lagi pembantu peribadi.