fbpx

Gara-Gara Pertahankan Adik, Neelofa Dikecam Teruk

Bila sebut saja nama adik Neelofa, Ameera Khan, pasti ramai yang tahu beberapa kontroversi yang pernah tercetus sebelum ini. Nampaknya, nama Ameera sekali jadi perhatian apabila foto terbaru yang dimuat naik olehnya menjadi bualan hangat netizen.

Menerusi Instagram, Ameera berkongsikan beberapa keping gambar bersama seorang individu dipercayai kekasih barunya. Seperti sudah dijangka, gambar tersebut menerima kritikan ramai.

BACA: “Suami Orang Kelantan? No, Thank You!” – Adik Neelofa

Dalam pada itu, Neelofa turut dilihat memberikan komen positif terhadap perhubungan cinta adiknya. Neelofa mengatakan kedua-dua mereka sama muda dan sama padan.

Bagaimanapun, komen Neelofa itu dikritik teruk oleh netizen. Tidak kurang juga, netizen turut meminta Neelofa menegur adiknya susulan tindakannya berpegangan tangan sedangkan masih belum berkahwin.

Mungkin tidak tahan dengan kritikan ramai, Neelofa sekali lagi memberi respon terhadap komen yang diberikan. Bagaimanapun, ruangan komen gambar tersebut ditutup berikutan salah faham berlaku pada komen Neelofa.