fbpx

Pembaca Berita RTM, Suriani Rahman Kahwini Pengurus Besar Bernama

Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan hari ini diijab kabul dengan pembaca berita RTM, Suriani Abdul Rahman.

Gambar bakal menyusul & kredit kepada MyLaunchPad News oleh Maxis. Thank you! Siapa Suriani Abdul Rahman?

Upacara akad nikah yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan di sini dihadiri sanak saudara dan teman rapat pasangan itu yang kelihatan berseri-seri berpakaian sedondon berwarna kuning air.

Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan bekas pengerusi Bernama Datuk Seri Mohd Annuar Zaini serta pegawai dari Bernama dan RTM.

Suriani, anak kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang, telah bertugas dengan RTM sejak 10 tahun lepas dan pernah menjadi pengacara program pengembaraan, “Eksplorasi”.

Hasnul pula yang dilantik sebagai Pengurus Besar Bernama pada 2 Jan 2009, mempunyai pengalaman kerja selama 22 tahun dalam sektor komersial dan korporat dan pernah berkhidmat di beberapa syarikat multinasional.