fbpx

Pelawak Terkenal, Acappan Meninggal Dunia

Hari ini industri hiburan telah kehilangan pelawak vateran, Acappan yang meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang. Mendiang difahamkan menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 2.43 pagi tadi disisi keluarga.

BACA: Viral Peluk Islam, Acappan Buat Laporan Polis

Menurut anaknya Yhuveneshwary, upacara penghormatan terakhir mendiang akan diadakan di rumah beliau kira-kira pukul 3 petang Jumaat nanti. Mendiang meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam dan 3 orang anak.

Acappan merupan artis berbang India yang terkenal sejak tahun 1980an dengan membintangi beberapa sitkom komedi. Beliau juga turut terkenal dengan filem Mira Edora dan Ghazal Untuk Rabiah dan lain-lain.

Takziah diucapkan kepada keluarga Acappan diatas pemergiannya hari ini. Semoga keluarga tabah mengharungi dugaan dalam kehilangan insan tersayang dalam hidup hari ini. (rtky/w)