fbpx

Viral Peluk Islam, Acappan Buat Laporan Polis

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon dan juga pelawak Acapan membuat laporan polis tengah hari semalam berhubung penyebaran video serta gambar yang mendakwa dirinya telah memeluk Islam.

BACA: “Saya Belum Peluk Islam, Hentikan Sebar Berita Palsu Ini”

Laporan dibuat di Balai Petaling, Jalan Klang Lama, kira-kira 1.30 tengah hari. Semalam, melalui mStar Online, Acapan dikatakan sudah memeluk Islam di surau di Jenderam Hilir, Sepang, Selangor bagaimanapun perkara tersebut dinafikannya.

Mengakui terkejut dengan perkara tersebut, Acapan atau nama sebenarnya R Samynathan berkata, berita yang tersebar itu membuatkan dia tidak menyangka kunjungannya ke surau berkenaan menjadi viral di laman sosial.

Menurut pelakon ini lagi, keberadaan dirinya di surau tersebut adalah bagi memenuhi jemputan berbuka puasa daripada beberapa kenalan. (rtky/s)