Kami nampak trend drama bersiri Melayu semakin di’minati oleh penonton televisyen di Malaysia & setiap siri drama baru menjadi satu perkara yang di’tunggu.

Slot Samarinda kini dalam episod episod akhir drama Bunga April & menjelang 19 Januari 2012, satu drama bersiri 25 episod akan muncul sebagai ganti.

Pelangi Kasih akan mula bersiaran Khamis ini pada jam 10.30 dan membariskan pelakon yang sudah sinonim dengan drama Melayu seperti Nabila Huda, Beto Kushairy, Johan Asa’ri & Puteri Sarah sebagai teraju utama.

Secara ringkasnya, drama Pelangi Kasih ini mengisahkan ikatan persahabatan yang kukuh & murni menimbulkan persoalan apabila salah seorang daripada mereka mengambil keputusan menghilangkan diri & membina kehidupan baru di sebuah daerah pedalaman.