Pelakon wanita dan suaminya yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes tipu jual beli tanah turut disiasat berkaitan penipuan untuk mendapatkan darjah kebesaran.
Memetik mStar Online, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihak menerima laporan pelakon tersebut bersama suaminya telah memperdaya mangsa sebanyak RM23,000.
BACA:“Tulis Apa Yang Betul Ya” – Pelakon Wanita, Suami Direman Kes Tipu Tanah RM1.5 Juta
Mangsa merupakan pesara kerajaan ditawarkan untuk mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran “Datuk”.
“Suspek lelaki 41 tahun itu memberitahu mangsa dia boleh mendapatkan Datuk daripada sebuah negeri sebagai pertukaran dengan sejumlah wang.
“Mangsa mempercayai lelaki tersebut dan memindahkan wang itu melalui enam transaksi dari Januari hingga November tahun lalu,” katanya.
Sumber: mStar Online