fbpx

Pelakon Remaja Terkandas Di Selatan, Minta Media Belikan Tiket Pulang

Sejak akhir akhir ini, kami banyak menerima maklumat sebagai gossip ringan — sama ada dari sumber atau selebriti itu sendiri.

Untuk kisah ringan sebegini, kami putuskan untuk tidak meletakkan nama kerana ia’nya hanya untuk suka suka tetapi jika gossip itu serius, lubang cacing nan sempit pun kami terjah.

Al-kisahnya, petang tadi kami menerima satu panggilan telefon dari seorang pelakon remaja wanita yang ketika itu sedang berada di’selatan tanah air untuk penggambaran filem.

Ingatkan mahu marah kami atas apa apa artikel tidak baik kami tulis terhadap beliau tetapi rupa rupanya meminta pertolongan untuk belikan tiket kapal terbang pulang ke Kuala Lumpur.

Pelik juga pada awal’nya kerana kenapa tidak pihak produksi sendiri yang uruskan proses pulang beliau ke ibu kota namun sebenarnya ada sedikit masalah komunikasi yang menyebabkan perjalanan pulang beliau terpaksa di’atur sendiri.

Penerbangan pelakon remaja yang berbadan lentik ini sudah tiba di Kuala Lumpur tengah malam tadi dan beliau sendiri berharap supaya perkara ini tidak berulang lagi. Serik terpaksa pulang seorang diri katanya. Manja.