“Pelakon Lelaki Bersifat Jantan Dah Kurang”
Pelakon hebat, Faizal Hussein mengakui bahawa industri seni tanah air kini kekurangan pelakon lelaki yang memiliki sifat kejantanan.
Menurut Faizal, zaman sekarang lebih ramai pelakon ‘adik-adik’ berbeza ketika zamannya. Katanya lagi, kebanyakan pelakon sekarang berselindung di sebalik imej lelaki perkasa.
BACA: Faizal Hussein Tak Kecoh Kalau Dapat Offer Gaji Ciput
“Zaman sekarang, pelakon ‘adik-adik’ ini terlalu ramai. Berbeza dengan ketika zaman saya atau sebelumnya yang mana pelakon lelaki dinilai dengan pakej lengkap, memiliki rupa, bakat dan kejantanan.
“Dari segi penampilan, pelakon ‘lembik’ ini menampakkan ciri kelelakian dengan janggut, misai dan berbadan sasa. Tetapi apabila berada dalam keadaan selesa, mereka mula menyerlahkan sisi ‘lembut’ yang menjadi karakter semula jadi mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Faizal berkata kebanyakan ‘kejantanan’ pelakon lelaki dahulu bukan datang dari badan yang sasa, sebaliknya datang dari hati dan tidak dibuat-buat. Ujarnya, dia turut mengikuti kelas mempertahankan diri sebelum bergelar pelakon.
“Ini kerana ramai pelakon lelaki pada masa dahulu dibekalkan dengan asas seni mempertahankan diri yang mereka pelajari sebelum menjadi pelakon lagi.
“Disebabkan itu, bagi kebanyakan pelakon lelaki dahulu, kejantanan mereka bukan datang dari badan yang sasa, sebaliknya datang dari hati. Kalau jiwa adik-adik, letaklah janggut, misai atau badan sasa sekalipun, orang tetap akan nampak mereka sebagai adik-adik,” katanya.
Tambah Faizal lagi, dia berharap agar pemilihan pelakon lelaki perlu dinilai bukan pada rupa paras semata-mata, tetapi turut mempunyai ciri ‘kejantanan’.
- SUMBER
- Utusan Online
1000% setuju… lebih2 lagi bbnu yg datang dari ceruk mana ntah tiba2 jadi pelakon… mulut lebar luas pun boleh jadi model, pelakon yg kayu taraf balak kat hutan sana… plus nowadays production house nak yg ramai followers kat social media, no wonder la berlakon kejung keras walaupun katanya dah ikut kelas lakonan yg diadakan oleh pelakon ternama…
Aku sokong faizal . Tp kan, drama2 pun semua xde dah crita memerlukan karakter berjantan. Semua mr itu ini lah, suamiku itu ini, isteriku itu ini. Cinta2 melara bodoh lah. So, mana nk korek keluar pelakon berjantan. Harap faizal blh plan dgn team yg blh buat crita berjantan ckit.
setuju.. skrip drama2 sekarang pun memang watak adik-adik semua.. tu yg nampak pelakon yang kurang jantan ja byk.
setuju dh lama x tgk drama melayu bosan tahap jipan…nk tgk hero2 yg mg betul2 jantan mg xde dah zaman skrg..bkn dlm drama je dunia luar pn sama
lelaki dahulu mmg byk beza dgn lelaki skrg, ianya bergntung pada “arus perubahan dlm kehidupan”. Kenapa saya kata ikut arus perubahan dri sei kehidupan:-
org2 lelaki dahulu di kpg2:-
…umpama badang walaupun nmpk kurus, tpi angkat padi dua guni ke dlm lori smbil memijak2 tanah bendang yg berlecek-lecak.
…selamba bawa kayu getah naik moto scrambler atau basikal tua untuk dijadikan api.
..selamba panjat pokok nyiur.
..selamba naik pokok pinang di majlis perkhwenn di kpg.
..selamba menajak sawah dn menebang pokok.
..nmpk tkus kejar.
..nmpk katak, terus tgkp buat umpan haruan.
.(semua hero2 dahulu ada terpalit dan terbabit dgn aksi2 yg saya sebutkan tdi dn kejantanan tu terjadi dgn sendiri tnpa ada bahan2 lain masuk ke dlm badan).
hero2 zmn skrg:-
..angkat tong besi kosong dh diviralkan..
..lengan, dada berketul kena pergi gym dn katanya mkn ayam 2 ekor sehari.
..diet katanya x mkn nasi, tpi lebihkan pil dn makan fast food.
..naik mercedes, lexus, bmw, keta mewah2 katanya itu adalah kekuatan watak hero..
..nmpk tikus terus lari.
..nmpk katak pun lari..
itu antara2 nya lah..
sambung..ada lgi yg belum saya tmbh utk arus moden:-
..pesawah2 skrg pun guna dron utk meracun padi dn mmbaja di mana dron tu berharga sebuah mcm harga sebiji saga dn pesona.
berbanding
..pesawah2 dahulu, kendong itu mesin racun dn bawa baja di atas kepala.
..anda tak percaye ke, sila ke kpg2 yg ada sawah di waktu musim padi naik.
Dah ler huduh lebih jantan melayu skrng muka mcm Minta kaki … Tak handsome mcm pelakon dulu2
siapa pelakon adik2 ni?
Hero jambu jenis adik2 ni bkn zmn skang mula, tahun 90an pun ada masa zmn Azhar Sulaiman, Isma Daniel etc masa mrk muda pun jd hero2 jambu yg jd idola gay2, pondan2 dan cougar, milf. Ko dulu pun masa beelakon gila2 remaja bkn hero jantan sngt pun. Ko dtg dari kalangan hero samseng bdk2 yg kayu jugak masa mula2 berlakon. Banding dgn Eman Manan ko punya skill berlakon mmg sampah jek. Tp zmn tu mana org nilai sngt kualiti lakonan?!
Karakter hero atau pelakon utama lelaki ni ada mcm2. Ada yg alim dan soleh, ada yg kampung boy tp nmpk macho mcm Eman Manan, ada yg romeo hidung belang atau playboy mcm Azmil Mustafa, ada yg nerd, ada yg smart atau bijak petah mcm Ahmad Idham, ada yg nakal, gila atau bad boy, ada yg rebel dan nmpk samseng tp baik dark karakter mcm Awie, Rosyam bila dia dlm umur 30+, ada yg lawak tp romantic mcm Salih Yaacob, ada yg stail anak2 org kaya which ada beberapa karekter mcm ada anak org kaya yg kaki joli dan sombong, ada anak org kaya ligat cari duit pandai cari bisnes, ada anak org kaya yg sopan dan dihormati ramai. Dan bnyk lg karekter cuma dlm filem melayu karakter2 ni org x kisah sngt pun. Jd kalau Pakcik Faizal hanya fikir karakter yg dia minat jek itu menunjukkan betapa cetek dan jahilnya ilmu lakonan dia…
skrg zaman kpop,mcm tu lah lelaki2 skrg semua bunga