fbpx

Faizal Hussein Tak Kecoh Kalau Dapat Offer Gaji Ciput

Isu bayaran rendah buat pelakon senior bukan perkara baru. Biarpun ramai bersuara mengenai perbezaan bayaran antara artis lama dan baru, namun ada yang memulih berdiam diri.

Bagi pelakon senior Faizal Hussein, sebagai anak seni harus menjaga maruah sebagai pelakon dan tidak perlu menghebahkan kepada umum tentang nilai atau bayaran yang ditawarkan.

BACA: Faizal Hussein Terkilan Bayaran Sama Dengan Syafiq Kyle

“Sebenarnya andai seseorang pelakon itu ditawarkan bayaran murah dan dia tak nak buat, dia tak perlu cakap dekat sosial media atau khalayak ramai. Kita tak seharusnya beritahu orang dibayar murah.

“Saya pernah di blacklist oleh stesen TV selama 20 tahun, perkara itu memang dah biasa. Katika di peringkat itu saya tak pernah pun beritahu akhbar yang saya tak ada job dengan stesen berkenaan.

“Hakikatnya kalau saya di blaclist oleh stesen itu, bukan bermaksud saya tak laku dekat stesen lain. Stesen lain menghargai saya dan saya percaya rezeki itu ada di mana-mana,” katanya.

Dalam pada itu, Faizal berkata dia akan memastikan setiap bayaran diterima itu berbaloi dengan kemampuan. Ujarnya, jika tidak setuju dengan bayaran, dia tidak akan mengambil tawaran tersebut.

“Saya memang details sikit dalam memilih naskhah dan isu bayaran. Kalau saya tak setuju dengan bayaran tu saya tak akan buat projek berkenaan. Saya memang cari nafkah dengan lakonan sahaja jadi sudah tentunya saya akan memastikan bayaran yang diterima berbaloi.

“Tapi sebenarnya isu bayaran pun bergantung kepada situasi, kalau kawan saya Rashid Sibir telefon dan buat tawaran berapa pun saya terima je sebab dah kenal lama,” katanya.