fbpx

“Pelakon Baru Sibuk Dengan Phone, Di Set Tak Reti Bertanya”

Sudah lama rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon Rusdi Ramli. Baru-baru ini, pelakon berbakat besar itu berkongsikan suasana di set penggambaran kini berbeza jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu.

Rusdi turut mendedahkan sikap segelintir pendatang baharu yang lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon bimbit menjadikan hubungan antara pelakon lain kurang mesra.

“Saya tak tahu budak-budak ini Instafamous atau datang dari mana ke. Tapi selalu la nampak sekarang ini mereka datang dengan handphone masing-masing, tak bercampur dan tak bertanya,” katanya.

Dalam pada itu, Rusdi berkata jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, pelakon baharu akan datang bertanya pelakon senior, namun kini tidak lagi.

“Kalau dulu ada yang datang bertanya, dalam 10 tahun lalu, sekarang memang tiada… kadang-kadang kami (pelakon senior) sendiri tertanya-tanya tentang watak mereka, ” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rusdi akur dengan perubahan corak kerja sekarang berbanding zaman kegemilangannya dahulu namun menegaskan ianya berbalik kepada bakat.

“Saya faham cara bekerja sekarang sudah berubah tetapi bakat itu kita tidak boleh ubah, cara kerja suka hatilah, janji dalam set semasa bekerja buatlah kerja,” katanya.