Masih ingat beberapa hari lalu kami kongsikan gambar epik Siti Saleha bersama boxing glove di’sebelah?

Kami andaikan yang Siti Saleha kini mempunyai hobi baru dengan mempelajari Muay Thai, tetapi kami silap belaka.


Siti Saleha kini sedang mempersiapkan diri’nya untuk tampil dalam filem pertama beliau berjudul Pukul Habis yang memerlukan aksi Muay Thai dari dramatis muda ini.

Untuk filem Pukul Habis, Siti Saleha akan sekali lagi bergandingan dengan aktor popular Aaron Aziz & Johan Raja Lawak.

Pukul Habis membawakan genre komedi aksi namun Siti Saleha tidak mahu mengambil ringan babak aksi yang perlu beliau lakonkan.


Filem tersebut merupakan filem pertama yang Siti Saleha terima untuk terlibat selepas tiga tahun dalam dunia lakonan televisyen & akan memulakan penggambaran November ini. via HM