fbpx

Pelajar Tahfiz Ittifaqiyah Jadi Anak Angkat Datuk Vida

Salah satu usaha Datuk Seri Vida menambah saham akhirat adalah melalui kebaikan dan Harian Metro melaporkan bahawa jutawan kosmetik tersebut akan menjadikan anak-anak tahfiz yang terselamat dalam tragedi kebakaran baru-baru ini sebagai anak angkat.

BACA: Datuk Vida Sudah Jumpa Jejaka Idaman

“Saya akan jadikan anak-anak tahfiz yang terselamat dalam tragedi ini sebagai anak angkat saya dan bawa mereka pergi bercuti untuk hilangkan tekanan dan trauma yang dialami mereka”

“Saya mahu hilangkan trauma dan tekanan yang dialami semua 18 anak-anak tahfiz ini dengan membawa mereka ke rumah saya dan menjadikan mereka sebagai anak angkat saya,” katanya kepada portal berita tersebut.

Sementara itu, menurut BH Online, dia berniat untuk membawa anak-anak tahfiz tersebut menunanikan umrah.

“Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terbabit dalam kebakaran”

“Hanya mereka yang pernah terbabit dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu,” jelasnya. (rtky/s)