fbpx

Pekin Ibrahim: Kalaulah Boleh Esok Saya Nak Kahwin

“Kalau boleh esok saya nak kahwin,” itulah penjelasan secara berseloroh daripada pelakon kacak Pekin apabila disoal mengenai perancangannya pada masa hadapan bersama-sama dengan kekasihnya, Uqasha Senrose pelakon yang membintangi drama bersiri, Sebenarnya Saya Isteri Dia yang kini sedang rancak ditayangkan di TV3.

Pekin Ibrahim yang ditemui semasa Majlis Doa Selamat untuk filem terbaru Tujuh terbitan Grand Brilliance, turut berharap agar percintaanya bersama dengan Uqasha Senrose berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

“Saya berharap hubungan kami berkekalan dan dapat menempuhi ranjau yang penuh berduri dalam industri hiburan tanah air ini”

Perkenalan selama 3 bulan ini, telah menjadi titik tolak untuk mereka lebih serius dalam membina perhubungan ini. Malah Pekin juga mengenali Uqasha semasa dia masih berkerja sebagai pramugari.

“Saya sudah mengenalinya semenjak dia bekerja sebagai pramugari dan ketika itu saya hanya memerhati dan hanyalah menganggapnya sebagai kenalan biasa dan tidak menyangka bahawa sekarang ini dia menjadi teman istimewa saya,” kata Pekin Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, Pekin akan membintangi filem Tujuh yang akan memulakan sesi penggambaran dalam jangka masa terdekat ini dan filem ini bakal membuatkan anda tidak tidur kerana filem ini penuh dengan debaran dan aksi yang menyeramkan.