fbpx

Pekerja Restoran Lari, Fauzi Nawawi Hilang RM118,000 Duit Perniagaan

Maaf jika kami menjadi slowpoke di’pagi Sabtu nan indah ini, tetapi kami tidak tahu yang Fauzi Nawawi memiliki restoran.

Laporan media hari ini berkata yang Fauzi Nawawi baru sahaja kerugian RM118,000 apabila salah seorang pekerja restoran Iran milik beliau lesap.

Fauzi Nawawi & seorang rakan beliau yang berasal dari Iran mengambil alih perniagaan restoran makanan Iran itu dari pemilik asal dua bulan yang lalu.

Suspek yang kini sedang di’cari di’katakan bertugas sebagai juruwang dan oleh kerana itu tahu di’mana wang sebanyak RM118,000 itu di’simpan — dalam peti simpanan di restoran itu sendiri.

Fauzi Nawawi turut menawarkan RM5,000 tunai kepada sesiapa yang berjaya menemui pekerja restoran warga Bangladesh yang mana beliau yakin masih berada di Kuala Lumpur. – Harian Metro