fbpx

Rakan Sahkan Rihana Oksana Sudah Bercerai, Balik Ke Rusia

Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai sekeping sijil perceraian menunjukkan nama wanita Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko, sah diceraikan talak tiga.

Terbaru, rakan Rihana iaitu Tatyana Andreeva bercakap kepada kepada akhbar Komsomolskaya Pravda, mengesahkan bahawa Rihana sudah bercerai dan sudah kembali ke Rusia untuk menyertai pertandingan Ratu Cantik Rusia pada 26 Jun lalu.

BACA: Yana Samsudin Dihentam Persoal Status Rihana Oksana

“Dia menyertai pertandingan ini dan sudah pun bercerai. Kini dia menetap di Moscow,” katanya.

Bagaimanapun peguam Rihana, Evgeny Tarlo mendakwa pihaknya tidak menerima sebarang dokumen rasmi berhubung perceraian model berusia 26 tahun itu.

Katanya lagi, berita mengenai perceraian itu sekadar khabar angin yang disebarkan oleh pihak media.

“Kami tidak menerima sebarang dokumen rasmi. Kami tidak tahu apa-apa,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Rihana, telah diceraikan talak tiga berdasarkan satu sijil perceraian rasmi yang didaftarkan pada 1 Julai lalu dan sudah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.