Berita mengenai pembatalan perkahwinan Awi Rafael dan Atikah Suhaimie ternyata mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang hari pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung 17 Mac lalu.

Pembatalan pada saat akhir itu sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi. Isu putus tunang tersebut sudah semakin reda tetapi lain pula cerita timbul apabila foto terbaru yang dimuat naik oleh Atikah mengundang kecaman netizen.


BACA: Atikah Suhaimie Mohon Henti Kecam Awi Rafael

Memuat naik fotonya berenang di pantai, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan penampilan pelakon itu yang dilihat terlalu seksi. Malah ada netizen mengatakan kerana pemakaian Atikah itulah menyebabkan dia dan Awi putus tunang.



Meskipun ramai yang mengecam, namun ramai peminatnya memberikan nasihat untuk tidak lagi memakai pakaian menjolok mata kerana bimbang ianya boleh mengundang fitnah.

Apa pun netizen janganlah asyik mengecam dan terlalu cepat menghukum seseorang. Mungkin Atikah sendiri boleh mengambil teguran yang diberikan jika kena pada gayanya.