fbpx

Atikah Suhaimie Mohon Henti Kecam Awi Rafael

Berita mengenai pembatalan perkahwinan Awi Rafael dan Atikah Suhaimie ternyata mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang hari pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung Ahad ini.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Pembatalan pada saat akhir itu sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi. Bagaimanapun, menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Atikah tampil mempertahankan bekas tunangnya dengan meminta netizen berhenti mengecam dan tidak menjadikan Awi sebagai sasaran.

BACA: “Dia Orang Yang Baik, Jangan Buka Aibnya”

https://www.instagram.com/p/BvBUJEpnp4R/?utm_source=ig_embed

“Walaupun sedih kerana majlis perkahwinan kami dibatalkan, saya lebih kecewa kerana ramai pihak menghentam orang yang saya sayang (Awi Rafael) di Instagram.

“Anda tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mengenalinya secara peribadi,” katanya.

Kata Atikah lagi, tiada siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Atikah berkata lagi, mereka diluar sana tidak berhak berkata buruk tentang bekas tunangnya itu kerana Awi seorang lelaki yang baik serta sering menjaga nama baiknya dan keluarga.

“Saya lebih mengenalinya dan dia menjaga saya dengan baik sebagai tunang, malah menjaga nama baik saya dan keluarga. Jadi tiada siapa antara anda boleh memberikan kata-kata tidak baik tentang dia.

“Tolong berhenti membenci antara satu sama lain. Ia cuma takdir yang perlu kita terima. Nampaknya tiada jodoh antara kami. Jadi lebih baik sebarkan kasih sayang. Saya sayang anda semua,” katanya.