fbpx

Awie Tuntut RM1 Juta Daripada Rozana Misbun

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan KL semalam telah menolak permohonan penyanyi, Awie untuk membatalkan perintah interim hadhanah secara ex-parte terhadap tiga anak hasil perkongsian hidup dengan Rozana Misbun.

Keputusan itu sekaligus membantutkan hasrat beliau untuk menuntut RM 1 juta dari isterinya itu.

BACA: Awie Dakwa Rozana Misbun Tidak Hantar Anak Ke Sekolah

Awie selaku pemohon dalam tuntutan tersebut mahu pihak responden iaitu Rozana Misbun menanggung kos atau membayar ganti rugi kepadanya berdasarkan dakwaan fakta-fakta tidak benar dalam tuntutan balas berhubung hak penjagaan anak-anak mereka.

Keputusan mengekalkan hak penjagaan sementara kepada Rozana Misbun dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Muhammad Fathi Saleh.

Rozana Misbun ketika ditemui mStar Online melahirkan rasa bersyukur dengan keputusan mahkamah mengekalkan hak penjagaan anak-anak mereka kepadanya walaupun anak sulungnya, Putra Ahmad Merrah yang berusia lapan tahun masih dalam jagaan Awie dan tidak diserahkannya.

“Alhamdulillah sahaja yang mampu saya ucapkan ketika ini apabila mahkamah mengekalkan hak penjagaan sementara itu kepada saya. Saya yang melahirkan mereka dan tiada kata dapat digambarkan perasaan saya biarpun Merrah tidak bersama saya,” katanya. (rtky/m)