fbpx

Lagu ‘Right Now’ bermula pada 0:42 dalam video di’atas.

Dengan Gangnam Style menjadi fenomena paling besar dalam dunia hiburan sepanjang tahun 2012, peminat nampaknya menantikan karya terbaru PSY yang mampu mencipta impak yang sama hebat.

Kris Andres di BuzzFeed baru baru senaraikan beberapa sebab untuk lagu PSY yang terbit pada tahun 2010, Right Now wajar menjadi pertaruhan kedua penyanyi tersebut selepas Gangnam Style.

Pertamanya, Right Now membawa mesej yang positif dalam dunia pop masa kini untuk tidak berpura pura & terus menjadi diri sendiri dalam dunia yang sering menghukum kerana seseorang itu berlainan ideologi.

Dan, para peminat hiburna yang sudah mendengar lagu ini beberapa kali menganggap Right Now jauh lebih baik berbanding Gangnam Style dan ketika ini merupakan video ketiga paling popular di akaun Youtube PSY.

Sepertimana Gangnam Style, lagu ini juga mempunyai gerak tari uniknya sendiri yang boleh menjadi satu fenomena di’kalangan peminat PSY — dan, sila tonton persembahan live PSY untuk lagu Right Now, EPIK!

[poll=”53″]