fbpx

Paru Paru Berdarah, Anak Abby Abadi Kini Kritikal

Selamat malahirkan cahaya mata pada 27 September lalu, suami Abbg Abadi, Muhammad Faizal memaklumkan bayi mereka kini berada dalam keadaan kritikal akibat berlaku pendarahan dalam paru-parunya.

BACA: Memey Suhaiza Sanggup Jadi Ibu Susuan Anak Abby Abadi

“Semalam, doktor maklumkan kepada saya dan Abby bahawa bayi berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam paru-paru. Hari ini, belum ada apa-apa maklumat dan saya masih lagi menantikan berita daripada doktor”

“Alhamdulillah, isteri saya berada dalam keadaan stabil dan dah dibenarkan pulang hari ini. Cumanya, setiap hari saya akan ke hospital untuk menghantar susu kerana bayi kami memerlukan susu ibu,” jelasnya.

Dalam pada itu di Instagram, Faisal meluahkan rasa sedihnya berdepan dengan situasi sukar buatnya sekeluarga. Tulisnya, ketika ini beliau hanya mengharapkan keajaiban daripada Allah yang mampu mengubah segalanya.

Sehingga harini, bayi pasangan terbabit masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan. Semoga Abby dan suami terus kuat berdoa untuk bayi mereka. (rtky/w)