fbpx

Memey Suhaiza Sanggup Jadi Ibu Susuan Anak Abby Abadi

Selamat melahirkan bayi lelaki pramatang Jumaat lalu seberat 535 gram, zuriat hasil perkahwinan Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria yang digelar Baby D masih dalam pemantauan doktor dan memerlukan penjagaan rapi.

Menerusi perkongsian Memey Suhaiza di Instagram, pelakon itu juga turut membantu meringankan beban Abby dengan membekalkan susu badannya buat Baby D yang baru saja berusia 23 minggu.

BACA: Abby Abadi Selamat Lahir Bayi Pramatang Seberat 535 Gram

Dalam entri tersebut, Memey turut meminta netizen mendoakan yang baik-baik untuk Abby dan anaknya. Sementara itu, Norman Hakim turut membantu menguruskan menanam uri berkenaan.

Perkongsian Memey dan Norman itu mendapat perhatian netizen yang tersentuh dengan keakraban hubungan kedua mereka.

Dalam pada itu, Abby turut memuat naik perkongsian mengenai cahaya matanya bahawa dalamannya tidak kuat dan memohon orang ramai terus mendoakan bayinya.

Terdahulu, selepas enam hari dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi, Abby Abadi akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki pada 10.45 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh secara pembedahan.