Apalah sangat US$2,000 (RM6,300) kepada Paris Hilton yang sememangnya terkenal dengan gaya hidup mewah & seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya.


Namun kisah di’sebalik pemberian wang tersebut yang menarik minat kami untuk menulis tentang Paris Hilton di’tengah malam sunyi ini.

Paris Hilton yang kini berada di India untuk melancarkan beberapa buah kedai barangan mewah berjenama Paris Hilton memberhentikan SUV beliau untuk menyerahkan sekeping US$100 kepada seorang pengemis jalanan.

Dan, langkah pertama beliau itu berakhir dengan Paris Hilton menyerahkan semua wang tunai yang ada pada beliau ketika itu kepada beberapa pengemis jalanan lain — semuanya US$2,000.

Paris Hilton kemudian melalui Twitter menulis, “India is beautiful, but some parts are very poverty stricken. Broke my heart to see babies sleeping on the streets.” via TMZ