fbpx

“Panggilan Sweet Bukan Nama Gedik”

Memahami ramai yang janggal apabila memanggilnya dengan nama Sweet, pelakon Sweet Qismina berkata orang ramai boleh memanggilnya Qismina sahaja. Sweet menjelaskan nama tersebut diberikan oleh ibunya.

Sweet berkata ia bukan nama gedik seperti yang didakwa ramai dan terpaksa menjelaskan perkara itu selepas sering ditanya dengan soalan yang sama.

BACA: Sweet Qismina Tak Setuju Sekolah Dibuka

 

“Saya faham ramai rasa janggal apabila memanggil saya sebagai Sweet atau Qismina. Sebenarnya dalam bidang hiburan, semua memanggil saya sebagai Sweet dan lebih selesa begitu. Atau panggil saya Sweet Qismina sahaja?” katanya.

Menerusi perkongsian di Twitter, Sweet turut berkongsikan nama tersebut dipanggil oleh ibunya sejak dia masih dalam kandungan lagi.

“Masa saya masih dalam perut lagi Mama sudah panggil dengan nama tersebut iaitu ketika doktor memberitahu jantina bayi ialah perempuan. Panggilan Sweet bukan nama gedik!” tulisnya.