“Paksa Diri Berhijab, Nanti Akan Jatuh Cinta Nak Tutup Aurat” – Isteri Haqiem Rusli
Berkongsikan pengalamannya mula berhijab sejak lapan bulan lalu, isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea berkata pada awalnya sukar untuk kekal istiqamah.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, Ain berkata dia juga pernah terfikir untuk membuka semula hijab namun dia memaksa dirinya dan akhirnya jatuh cinta untuk menutup aurat.
BACA: Haqiem Rusli Teruja Sambut Ramadan Pertama Sebagai Suami, Masak Sama-Sama Dengan Isteri
“Nak cerita sedikit boleh, tentang perubahan Fea berhijrah memakai hijab, pada mulanya memang berat dan susah sangat sangat Fea untuk istiqamah menutup aurat.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan. Sudah masuk lapan bulan Fea memakai hijab. Mula-mula itu memang rasa serba tak kena.
“Dan pernah juga terasa macam ‘hm nak buka tudung balik lah’, tapi betul lah orang kata bila kita paksa diri kita, lama-lama akan jatuh cinta untuk nak menutup aurat,” tulisnya.
Bagaimanapun, Anis mengakui belum sempurna dalam menutup aurat serta meminta untuk mendoakan dirinya supaya kekal istiqamah.
“Tetapi untuk sekarang, memang Fea tidak menutup aurat dengan sempurna lagi, tapi semua doakan Fea ya! Fea juga nak beritahu alhamdulillah kini rasa tenang dan cantik sahaja memakai tudung (haha perasan).
“Macam mana nak cakap eh, kadang kala lebih suka melihat diri sendiri memakai tudung dan suka melihat perempuan di luar sana yang memakai tudung, nampak manis sahaja!,” katanya.
Terdahulu, Anis Sofea mendirikan rumah tangga dengan Haqiem Rusli pada 19 November tahun lalu.
- SUMBER
- Utusan Online
Porah a ko mek Kelantan mmg pakai tudung tidak kena sembelih a ko Tu terpaksa Minah idung penis haha
Dia ni baguih sikit..Bukan macam bini yonniboi tu. Dah elok2 Manis bertudung, sekali bukak tudung sebijik rupa Upiak….hahaha makin nampak hodoh dan bodoh.
@Bini hakiem rusli .. kannn..
pakai tudung bukan passport masuk syurga, yang confirm masuk syurga kalau ada kad ahli pas je