fbpx

Tahun ini sememangnya cukup berbeza buat penyanyi Haqiem Rusli apatah lagi menyambut Ramadan pertama bersuami isteri, Wan Anis Sofea.

Teruja menyambut Ramadan sebagai suami, Haqiem berkata pengalaman kini ini juga berbeza apabila berpeluang berbuka puasa bersama keluar dan juga mentuanya.

BACA: Kecoh Isteri Hamil, Haqiem Rusli Bergurau Sahaja

“Pengalaman menyambut bulan Ramadan selepas bergelar suami adalah satu perasaan luar biasa dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apa yang saya alami ini membuatkan rasa sangat bahagia.

“Dulu saya berbuka dengan keluarga namun kini pengalaman itu dilalui denan isteri pula. Malah, kami juga turut mengambil peluang ini untuk berbuka bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun itu juga berkata dia seronok dapat meluangkan masa dengan isteri dengan melakukan aktiviti masak bersama-sama.

“Ada kalanya saya memasak, ada masanya isteri dan ada ketikanya kami masak sama-sama. Jika malas masak, kita makan di luar sajalah. Puasa sebagai suami memang berbeza berbanding ketika bujang dulu,” katanya.