fbpx

Pakaikan Baju Lelaki, Netizen Keliru Jantina Anak Nadzmi Adhwa

Baru-baru ini, pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana berkongsikan foto anak sulung mereka, Arwa Malaikha Urwa yang kini sudah berusia sebulan. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah pemilihan pakaian anak mereka.

Rata-rata netizen keliru apabila anak pasangan itu dipakaikan baju Melayu seperti bayi lelaki. Malah, netizen turut mempersoalkan mengapa dipakaikan baju lelaki pada mereka anak perempuan mereka kerana boleh menimbulkan salah faham.

BACA: Nadzmi Adhwa Risau Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak & Isteri

Susulan banyak persoalan daripada netizen, Nadzmi tampil menjelaskan dia membeli baju-baju anaknya itu sebelum mengetahui jantina bayi berkenaan. Ujarnya lagi, baju itu sesuai dipakai oleh bayi lelaki atau perempuan.

“Abie belikan masa dalam perut, mula-mula doktor tengok lelaki, jadi ada beli sikit baju macam lelaki dan perempuan boleh pakai romper jadi selamat lelaki dan perempuan boleh pakai. Romper ni sebenarnya baju unisex tapi sebab kepala dah botak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nadzmi berharap netizen diluar sana supaya lebih berfikiran terbuka dan bersikap positif.

Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.